Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:ADiE
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 3, 2009

Hanya UntukMU

Cinta adalah fitrah manusia.
manusia tak dapat menolak cinta..
cinta kepada Allah dan Rasul adalah kekal.
cinta kepada manusia adalah sementara.
aku mencintai sahabatku kerana Allah.
benci kerana Allah.
semua kerana Allah.
aku tak memilih sahabat..
wahai zaujahku..
tak bermakna hidup seorang adam tanpa hawa.
hawa dicipta dari tulang rusuk adam.
begitu juga engkau wahai zaujahku'.
kita dicipta untuk hidup bersama.
berjuang bersama.
tugas kita sebagai mujahid perlu disemaikan dalam hidup kita..
wahai zaujahku'.
aku tau masih terlalu awal untuk ku mencari mu..
aku tau jodoh di tagan Allah.
cuma aku harapkan engkau yang terbaik buat ku.
aku tak memilih kau kerana harta yang banyak..
aku tak memilih kau kerana keturunan mu yang mulia.
aku cuma mahu kau mulia dengan Iman dan Islam.
kecantikan mu hanya membantu ku menjauhi pandangan ku kepada wanita lain.
harta mu mungkin membantu ku dalam perjuangan Islam..
keturunan mu yang mulia membantu kite dlm rumah tangga..
MEMANG!
memang terlalu awal untuk aku menulis warkah ini..
tp itulah yang tersurat dalam hati seorg adam..
bila sampai masa kita bersama.
bimbing lah aku kembali pd Allah.
bantulah aku dalam menegakkan Islam.
jadilah penyokong setia di sisi ku.
hulurkan tangan mu tatkala aku memerlukan mu..
penuhilah janji mu dgn Allah, Rasul juga aku.
sirami tangisan mu di bahu ku tatkala mengenang yang lalu.
basahi pipi mu dengan air mata tahajjud.
kenyangkan perut mu dengan zikir kpd-Nya.
aku hanya ingin kau menemani ku di syurga walau kita tak bersama di dunia.......

ehsan seorang sahabat

Read More...

Sunday, August 2, 2009

Kisah Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah' merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... laluditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... laludiberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itupemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemudatadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu dah sekarang dia sedang tunggu untuk berbuka puasa disyurga...


copy paste and edit from (http://asterina.blogdrive.com/archive/1.html)

Read More...

Kepada Suami dan Isteri

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan. TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa", hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,
selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

Read More...

Saturday, August 1, 2009

Tulang rusuk...

Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada, hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!' Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. 'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang> paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan> sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Read More...

Doa Cinta

"Ya Rabbi
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Sucikan cintanya
Lembutkan rindunya"

"Ya Rabbi
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasih Mu
Terangi langkahnya dengan Nur-Mu
Bisikan kedamaian dalam kerisauannya
Temaninya dalam kesepian"

"Ya Rabbi
Ku titipkan cintaku padaMu untuknya
Resapkanlah rinduku pada rindunya
Mekarkan cintaku pada cintanya
Satukan hidupku dengan hidupnya
Dalam cintaMu
Kerana aku sungguh mencintainya keranaMu
Setitis embun jatuh dari kelopak mata
Diam dan membasahi kertas putih di tangannya
Apalagi yang akan dikatakannya ketika hatinya telah dipenuhi rasa cinta dan kedamaian
Dengan tangan yang mengeletar, aku dan dia meraih tasbih di depannya dan menciumnya berkali-kali.
Dengan bisikan
"Tasbih, jadilah saksi cinta kami"

Read More...

Dengarlah Duhai Temanku...

Temanku,

Allah menciptakan manusia sama,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yang lalai dengan angan-angan,

Ada yang tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau juga yang tanggung natijahnya,

‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4)

Sedarlarlah temanku,

Kita musafir di dunia,

Kita akan pulang kepada-Nya,

Hidup di dunia akan ditanya,

Adakah diisi dengan sebaiknya,

Atau keseronokan semata-mata,

Mahukah kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sebagai bekalnya,

Kelak di sana rendah darjatnya,

‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat’ (Surah al-Muajadilah:11)

Temanku,

Renungilah sebiji cawan,

Jika tidak dituang air,

Molekul udara memenuhinya,

begitu jua diri kita,

Jika tidak diisi iman,

Masuklah syaitan bermaharajalela,

Diri kita perlu pengisian,

Dengan ilmu dan agama,

Agar hidup dekat dengan-Nya,

Barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,

Kemuliaan manusia bukan pada luaran,

Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,

Oleh itu, tekadkan keyakinan,

Kau ummat pilihan,

‘You are the best ummah’, (Ali Imran: 110)

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’, (Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka’, (Al-Baqarah:201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Al-Alaq:1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’, (Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139)

Lantaran Itu, carilah redha Tuhan,

Dengan melakukan sebaik-baik amalan,

Usaha x istiqomah - malas/ masa+yakin,

asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri’ (Ar-Ra’d:11)

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikianlah pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)’, (At-Tawbah:59)

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,

Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,

Tapi, kau sememangnya bodoh,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,

Tiada nilaian pahala dari-Nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak pernah berkesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

dan mara berlari kencang,

mencipta taufan.

Berjuanglah temankan sayang,

tanpa mengenal penat dean jemu,

biar hidup kita derita dengan usaha,

kelak kita akan dimulia,

jika tidak di dunia,

nun di syurga.

Read More...

Sepasang Mata Yang Cantik

Hassan al basri sewaktu remajanya,adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya2. Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dengan sepasang mata yang sangt menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.

Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya,lalu menoleh kepadanya; “Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?” Hassan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. “nak malu pada siapa?Bukan ada org melihat.” katanya.
“sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui khinatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada,” kata perempuan itu.

Hassan terkedu mendengarnya tetap kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu. “mengapa tuan masih mengikuti saya?” "saya tertarik dgn dua matamu yang cantik”

“baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu” kata perempuan itu. hassan pun menunggu degan rasa berdebar2. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu peremuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut saputangan. ” Tuan , ini tuan saya kirimkan untuk tuan.”

Degan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.

“Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas kaum adam. Dia mengrirm mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambilah tuan.” Menggigil tubuh Hassan Basri degan peristiwa menyayat hati ini. semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah. keesokkan harinya, Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.

Terketar-ketar Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang dudk di taman syurga.

“Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah.”

Jawab Hassan ” Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agra saya menjadi orang soleh.”

“Bertaubatlah waktu tuan sedang bersindirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang beritighfarlah.”

Hassan Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memilki budi pekerti yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Takut dgn murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum adam. Benarlah ayat ALLAH…tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukan muhrim kerana sering berlku “panahan syaitan” di mata.

….wanita itu fitnah bagi kaum lelaki…berapa ramai lelaki yang ke neraka kerana fitnah seorang wanita….seorang lelaki yang jahil boleh bertukar menjadi seorang yang soleh kerana seorang wanita…dan begitu juga seorang hamba yang ‘abid juga boleh bertukar kepada seburuk2 manusia kerana seorang manusia bernama wanita… takutlah kamu pada ALLAH…InNi AkhafuLah…

nukilan:dzun nur ‘ain

Read More...