Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:ADiE
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 3, 2009

Mengapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak di hargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi apabila kita dibuang begitusaja...tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dah kehidupan kita pada masa akan datang.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, kita masih ada rasa bersyukur pada ketentuanNYA.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik iaitu khas untuk diri kita.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan terbaik untuk kita dah kehidupan kita pada masa akan datang...

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita supaya kita lebih paham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH DAN RASULNYA.

- Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat2 yang kecewa, menderita dah sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada menjadi milik kita, maka gapaikah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA...PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

6 comments:

redLeaf said...

Assalamualaikum,
Nak komen sikit la.
Ada kesilapan ejaan pada artikel ini.
Artikel yang disiarkan dalam blog ini kebanyakkanya menarik.

admin said...

terima kasih adam...
saya nie manusia biasa jugak...tak lepas dari buat kesilapan...ini lah tanggungjawab seorg sahabat..menegur..sekiranya ada salah dan silap.
sekali lagi terima kasih

admin said...

lupa plak nk jawab salam...dok kalot cari ejaan yang salah..hehehe
Wa'alaikumsalam w.b.t

sahabat said...

salam.nice blog.tahniah...slmt bermujahadah shbtku :)

admin said...

salam...terimaksih shbtku.. :)
Semoga kita sentiasa d bawah rahmat dan kasih sayang Allah

Anonymous said...

artikel yang menarik

Post a Comment