Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:ADiE
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 31, 2009

Kasih Sayang Allah terhadap hamba-hambanya..

Seorang bijak telah melalui hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendekati, lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut, “ kenapa kamu pukul kucing yang lemah itu?”. Jawab lelaki tersebut, “ aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat. Tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuang najis dan kotoran di merata-rata tempat di rumah ku.”

Kemudian berkata si orang bijak, “ ini sebenarnya peringatan dan ibarat antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif. Lalu Allah beri kita makan, pakaian, dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak kebaikkan dan nikmat Allah kita rasakan, kita derhaka kepadaNYA, tidak melaksanakan perintahNYA dan belum mengikut cara hidup kekasihNYA, iaitu Rasulullah SAW. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, DIA masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA.”

Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya kepada Allah. Jika dia lambat diperingatkan oleh orang bijak itu, sudah tentu dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah
cuba menyiksa kucingnya.

0 comments:

Post a Comment