Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:ADiE
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 31, 2009

Memilih Teman

Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya:

HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN

Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada yang bertaqwa” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak & perangainya), kamu akan di kenali sepertinya”

MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR Ubadah Ibn As-Samit berkata:”Rasulullah s.a.w mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang di sukai dan di benci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment